PERLUNYA VITAMIN C UNTUK WANITA HAMIL
Vitamin C sememangnya diperlukan oleh tubuh sebagai agen untuk meningkatkan sistem imunisasi. Bagi wanita yang sedang hamil, pengambilan Vitamin C setiap hari adalah penting untuk keduanya. Ibu dan anak sama-sama memerlukan vitamin C supaya tubuh dapat menghasilkan kolagen, struktur protein yang merupakan salah satu komponen tulang rawan, tendon, tulang dan kulit. Berdasarkan kajian, sesetengah penyelidik percaya bahawa kekurangan kandungan vitamin C kepada wanita hamil boleh menjejaskan perkembangan mental pada bayi yang baru lahir.
Juga dikenali sebagai asid askorbik, vitamin C adalah penting untuk pembaikan tisu, penyembuhan luka, pertumbuhan tulang dan pembaikan, dan untuk mendapatkan kulit yang sihat. Vitamin C membantu badan melawan sebarang jangkitan yang bertindak sebagai antoksidan yang melindungi sel-sel dari pada kerosakan.
Selain itu, kajian mendapati pengambilan vitamin C dikalangan wanita hamil juga membantu mengurangkan kelahiran pra matang sebanyak 2 kali ganda dan vitamin C juga didapati boleh meningkatkan penyerapan zat besi dan asid folik dengan lebih baik untuk mengekalkan kekuatan sel, kekuatan gigi, gusi dan penjagaan fungsi asas badan.
PERLUNYA VITAMIN C UNTUK IBU MENYUSU
Selepas bersalin, biasanya badan ibu akan mengambil masa untuk pulih sepenuhnya. Vitamin C membantu memulihkan tenaga dan menyembuhkan luka bersalin dengan cepat dan mengelakkan dari jangkitan.
Tubuh kita tidak berupaya menghasikan vitamin C dengan sendirinya, oleh sebab itu kita bergantung pada sumber makanan terbaik, seperti buah-buahan, kiwi, oren, sayur-sayuran berdaun, tomato dan banyak lagi.
Bolehkah mengambil supplemen jika menyusukan bayi? Ya, boleh. Dengan mengikut garis panduan yang disyorkan. The Office of Dietary Supplement berkata pengambilan harian yang disyorkan (RDA) untuk vitamin C bagi ibu menyusu umur 19 ke atas adalah 120mg / hari. Thomas Hale MD dan Hilary Rowe, penulis buku Medication and Mother's Milk tahun 2014, mengatakan bahawa hanya ibu-ibu kekurangan zat makanan perlu suplemen vitamin C dan untuk mengelakkan pengambilan yang berlebihan.
Manakala, Daneel Otterbech et al, 2005 berpendapat ibu menyusu yang tidak mendapat cukup nutrien dalam diet mereka mempunyai kandungan vitamin c yang rendah dalam badan. Kadar vitamin ini dapat digandakan dalam susu ibu dengan pengambilan supplemen vitamin C.
Kekurangan vitamin C ibu selepas bersalin cenderung mengalami penat, cepat marah, mudah jatuh sakit dan kemurungan. Sendi dan dan kepala merasa sakit, selain rambut gugur dan kulit kering. Vitamin C membantu menigkatkan imunisasi ibu dan bayi yang disusui, jadi ibu lebih nampak cergas tidak pucat dan sihat selepas bersalin.
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order boleh hubungi
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID 1237065 afizahazh@gmail.com
sms/whatsapp: 012-8353519
www.facebook.com/mint-blossom
Tiada ulasan:
Catat Ulasan