Jumaat, 3 Februari 2017

Panduan Mempersiapkan Diri Sebelum Hamil


Merancang untuk hamil? Tahniah! Tapi sebelum itu bakal mommy semua kenalah mempersiapkan diri untuk menyambut kehamilan yang diidam-idamkan. Bersedia mempersiapkan diri dari segi kesihatan fizikal dan mental adalah sangat penting untuk kehamilan yang sihat dan selamat.

Di sini saya nak kongsikan sebahagian panduan yang perlu dilakukan untuk mempersiapkan diri sebelum hamil oleh Mag for Women.

1.  Membuat Pemeriksaan Doktor


Sebaiknya sebelum berusaha untuk hamil, perlulah berjumpa doktor untuk konsaltasi dan membuat pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh. Berjumpa doktor ini bukan hanya nak periksa tahap kesuburan ya, tapi nak tau juga kiranya ada penyakit lain seperti darah tinggi atau diabetes. Ini penting sangat-sangat untuk memastikan bahawa anda cukup sihat untuk hamil.


2. Mengambil B-Compleks 


Vitamin B-Complex sangat membantu wanita yang merancang untuk hamil. Vitamin B-Complex Shaklee adalah sumber vitamin B yang terbaik kerana ia mengandungi asid folik. Wanita yang ingin hamil memerlukan asid folik untuk menguatkan rahim dan mengelakkan keguguran. Manakala B6 yang terkandung dalam B-Complex Shaklee juga berperanan meningkatkan kesuburan. 

Wanita digalakkan mengambil vitamin B-Complex seawal 6 bulan sebelum hamil. Selain untuk melancarkan peredaran darah dan meningkatkan hormon, vitamin B-complex dangat penting untuk mengurangkan risiko kecacatan pada janin yang dikandung.



3. Membuang Bad Habit


Haa...yang ni sangat penting sekali. Nak merancang hamil kan, So nilah masa yang tepat untuk buang tabiat merokok atau minum minuman keras. Kiranya pasangan anda seorang yang merokok sila nasihatkan juga dia supaya berhenti. 


Satu kajian mendapati bahawa 41.9% lelaki yang merokok adalah mandul, berbanding 27.8% lelaki yang tidak merokok. Lelaki perlu berhenti merokok sekurang-kurangnya 3 bulan sebelum mencuba untuk merancang hamil. Ini kerana lelaki mengambil masa 100 hari untuk membaiki sperma yang rosak akibat tabiat merokok.


4. Mengamalkan Diet Sihat



Pengambilan makanan yang kaya nutrisi merupakan unsur penting  dalam proses merancang untuk hamil. Jadi, pastikan anda dan pasangan mengamalkan diet yang sihat dan bernutrisi untuk meningkatkan peluang untuk hamil. 

Banyakkan memakan sayur-sayuran segar, makanan yang mengandungi kalsium seperti susu dan yogurt. Lebihkan juga makanan yang berprotein seperti daging, kekacang, dan makanan sihat lainnya. Elakkan sama sekali makanan berproses, makanan dalam tin dan fast food dan juga kafin.  

5. Bersenam



Wanita perlu memiliki tubuh yang sihat sebelum hamil. Salah satu untuk memastikan anda sentiasa sihat dan cergas adalah dengan melakukan senaman kekurang-kurangnya 30 minit dua kali semimggu. Tidak perlu senaman yang berat memadai hanya dengan berjalan atau berbasikal. Selain untuk kesegaran tubuh, dengan cara ini juga baik untuk meredakan stress. 

Inilah beberapa cara untuk mempersiapkan diri untuk hamil, semoga bermanfaat dan selamat berusaha!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan