Sedikit Perkongsian menarik untuk dikongsi bersama, Tips Untuk Berjaya Dalam Kehidupan yang saya petik dari FB Dr. Hamid Arshat.
1. Tidur Awal
Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat bekerja mudah kita untuk tidur. kalau sukar untuk lelapkan mata cuba amalkan membaca al quran tentu mydah untuk tidur. Jangan lupa baca Al-Fatihah, ayat Qursi, 3 Qul, Istighfar dan selawat sebelum tidur. Juga jadikan amalan mengambil wuduk sebelum tidur. Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari. Selepas Zohor ambil 'power nap' antara 10-15 minit. Ia beri tenaga untuk terus bekerja sehingga petang.
2. Bangun Awal
Sudah tidur awal, bangun pun sebaiknya awal la juga...Baca doa bangun tidur 'Alhamdullilahi lazi ahyayana ba'da amatana wa alaihinusyur' disamping zikir, istighfar dan selawat sebelum ke tandas. Bangunkan juga pasangan. Solat tahajut 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah kedua ibu bapa dan saudara-saudara.Zikir panjang sebelum menuju ke masjid untuk solat subuh berjemaah. Sempurnakan solat 5 waktu dan rukun Islam yang lainnya.
3. Serapan Seperti Raja
Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengenyangkan untuk bekalan tenaga dan kekuatan ketika bekerja. Biasakan makan buah-buahan terlebih dahulu, 3 biji kurma dan seterusnya 2 biji telur rebus setengah masak dicampur kicap manis. makan bersama 2 keping roti. Kurangkan makan di waktu tengahari dan malam.
4. Supplemen Vitamin
Selepas sarapan amalkan pengambilan suplemen dan antioksidants. Ambil Vitamin B Complex, Kalsium dan Fish oil. Supplemen lain yang baik untuk diamalkan seperti resveratrol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung.Vitamin C 500mg diambil dalam perjalanan kerja atau ketika kurang sihat makan vitamin C 1-2 gm sehari. walaupun saya banyak makan buah-buahan dan sayur-sayuran saya perlukan supplemen-supplemen tersebut.
5. Pilih Kerja Yang Diminati dan Memberi Keriangan
Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya saya minati dan gembira melakukannya. Bila rasa bosan dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cara lain. Kerja saya sebagai pakar sakit puan memang teruk dan berat tanggunjawapnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar. Tapi sebab saya minat dan gembira melakukan kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan. Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya dia akhirat kelak.
6. Amalkan Senaman 30 Minit Setiap Hari
Tidak kira apa jenis senaman asalkan ia menggerakkan tubuh dan otot-otot dan sendi. Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain-lain seperti basuh kereta dan mencuci rumah. Saya pilih berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kancang bendi, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan, pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa. Ini sebahagian hobi sahaja tapi bekebun (mencangkul, mecabut rumput dan menebas dahan pokok) boleh mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan.
7. Exercise Paru-paru, Mata dan Kaki
Amalkan deep breathing excercise selama 5 minit sehari. Boleh dibuat dimana-mana. Ketika sedang duduk di pejabat, berdiri atau lain-lain situasi. Tarik nafas panjang-panjang dan dalam melalui hidung untuk mengembangkan paru-paru dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk menigkatkan kandungan oksigen dalam paru-paru. Ia mengurangkan rasa mengantuk. Untuk excercise mata, mula-mula pandang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari didepan muka. Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini boleh membaiki aliran darah dan kekuatan jantung.
8. Amalkan Mencatat Dalam Buku Jurnal dan Diari
Jadikan satu budaya dan amalan hidup utnuk mencatat semua idea-idea, ilham, peristiwa-peristiwa, cita-cita, rancangan, tindakan kewangan dan lain-lain dlam satu buku kecil yang boleh dibawa kemana-mana dalm saku baju atau seluar.
Catatan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea-idea dan tindakan demi untuk mencapai cita-cita. Sampai sekarang berpuluh-puluh buku nota kecil saya masih simpan dan seringkali saya singkap kembali cita-cita, idea-idea dan peristiwa-peristiwa lampau. memamg sangat berguna dan bermanfaat. Saya lihat orang-orang Jepun dan Korea sentiasa mencatatkan butir-butir pertemuan dan perbincangan.
9. Catatkan Cita-cita, Azam dan Sasaran Dimerat-rata Tempat
Bahagikan cita-cita dan sasaran kepada pecahan-pecahan kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai. Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuhkan keyakinan diri untuk mencapai sasaran lebih besar. Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka masa panjang dan pendek. Destinasi kita adalah syurga firdausi diakhirat dan berkekalan selam-lamanya.
10. Amalan Membaca dan Terus Membaca
Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah Quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insyallah dapat barakah dan dipermudahkan urusan dunia. Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana-mana sumber khususnya dalam bidang kerjaya dan hobi kita.
11. Uruskan Masa Dengan Bijak
Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari 5 hari sminggu biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja Overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalm bidang kerjaya masing-masing. Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih di hospital Melaka. Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat. Ingat jangan jadi hamba kerja. Jangan merungut tidak cukup masa utnuk menyiapkan sesuatu tugasan. Bila bijak mengurus masa maslah kesuntukan tidak akan timbul. Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan tv atau bermain game.
12. Banyak Minum Air
Badan perlu air untuk menghidupkan organ-organ penting seperti jantung, otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang menggangu fungsi organ. Orang lelaki perlu minum 3 liter air dan perempuan perlu minum 2.2 liter air sehari. Minum air mineral, air zam zam atau air masak suam.
Minum jus buah-buahan segar- air kelapa, air jambu, air limau nipis/kasturi
minum air halia atau cuka epal dengan madu.
13. Bertindak, Berusaha dan Bekerja
Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilakan sesuatu. Bila suatu cita-cita dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate). Ia menjadi pencuri masa. Jangan asyik merungut dan mengeritik sahaja.
14. Bersangka Baik Terhadap Orang lain
Jangan sering bersangka buruk terhadap orang lain, kawan-kawan dan jiran kita, pekerja-pekerja sepejabat atau lain. Fikirkan mereka ada niat baik. Fikir positif.
15. Bersyukur Kepada Allah Dan Insan Lain
Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.
16. Cakap Lunak dan Sedap Didengar
Percakapan yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan sedekah. Jauhkan bercakap yang negatif yang boleh mematikan inisiatif orang lain. Percakapan positif memberi galakkan.
17. Senyum dan Ucapkan Salam Selalu
Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa boleh kurangkan mental stress. Beri senyuman dan ucapan salam kepada orang lain wlaupun tidak dikenali. Ia merupakan sedekah. Mungkin ini akan membuka pintu perkenalan.
18. Beristighfar, Bertaubat dan Berkemaafan
Memohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang-ulang kali. Memohon maaf jika kita ada buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri. jangan buang tenaga membenci orang lain. Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah.
19. Terima Teguran dan Pendapat Orang Lain
Jangan cuba menang dalam perbincangan. Menrima dan menghormati pendapat orang lain boleh menjadikan kita dihormati walaupun mungkin kita tidak setuju. Jangan buang masa dan sia-siakan masa bercakap pasal politik.
20. Jangan Bersedih Terhadap Cacian, Umpatan & Gosip
Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan.
21. Kawal Kemarahan
Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucapkan Aauzubillah, Istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bawa bertenag.
22. Bertenang Ketika Memandu Kenderaan Dijalan Raya
Jangan berindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn. Sabar dan bertenang, sentiasa berzikir dan berselawat.
23. Biarkan Apa Orang Fikir Tentang Diri Kita
Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkanlah 'alhamdullilah'. Tetapi andainya mereka berfikiran buruk, jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita.
24. Muasabah Diri
Cermin diri. Tanya diri apa baiknya dan kelemahannya. Jangan bandingkan diri dengan orang lain, khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok ke bawah pada orang-orang yang miskin dan daif. Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri-ciri lain dan dalaman kita tidak tahu.
25. Kegagalan Tangga Kepada Kejayaan
Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.
26. Masa Beredar, Persekitaran Berubah, Nasib Kita Juga Akan Berubah
Segala-galanya akan berubah. Masalah-masalah akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah, berusaha dan tawakal.
27. Jadi Seorang Pemberi dan Pemurah
Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, memberi makan, beri hadiah, beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan keadaan.
28. Jangan harap Balasan dari Orang Yang Ditolong
Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak. Allah balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya.
29. Mengetahui Had Diri
Kita hanyalah manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko. Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kta dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada.
30. Bergaul Mesra Dengan Semua Lapisan Masyarakat
Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 'Reach Out' kita ambil initiatif memulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam. Bila berjebat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra.
31. Janji Mesti Ditepati
Bila berjanji dengan sesipapun untuk sesuatu urusan sama ada hal-hal pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain-lain mestilah ditepati. Jika janji bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan.
32. BIjak mengurus Kewangan
Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci seperti Tabung Haji dan ASB. Jangan percaya skim cepat kaya. Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana jangan terlalu mewah dengan membeli barangan berjenama.
Waspada bila guna kad kredit dan perlu selesai bayar sebelum habis tempoh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi. Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai . Jangan berhutang untuk beli barang-barang yang susut nilai. Selesaikan hutang sebelum umur 60 tahun. Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah.
33. Dapatkan Restu Dan Doa Ibu Bapa
Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari panduan Allah melalui solat istikarah, doa dan restu ibu bapa sangat penting. Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup.
RUMUSAN
Untuk capai kejayaan dan kebahagian hudup.
Perlu kuat iman dan taqwa
Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress.
Berilmu dan kemahiran tinggi.
Berdisiplin.
Bijak dalam pengurusan.
Berakhlak mulia.
Kuatkan Silaturrahim.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan