Amalan berpantang adalah bertujuan untuk memelihara kesihatan dalaman dan juga luaran wanita selepas melalui proses kehamilan dan bersalin. Proses berpantang adalah sekitar 44 hari -100 hari.
Pemakan yang baik dan mendapat nutrisi yang secukupnya adalah sangat penting untuk ibu-ibu yang baru pulih daripada kehamilan dan bersalin yang selama ini berusaha keras untuk menjaga keluarga agar sihat dan gembira. Berikut adalah beberapa supplemen cadangan SET BERPANTANG SHAKLEE untuk ibu yang sedang berpantang.
Supplemen sebaik-baiknya diambil beberapa bulan sebelum proses bersalin dan kita boleh terus pengambilan supplemen selepas kelahiran bayi. MayoClinic.com mencadangkan mengambil supplemen selama ibu sedang menyusukan anak. Ini kerana, supplemen selepas bersalin membantu kita mendapatkan semua vitamin dan mineral penting, terutamanya folic asid dan vitamin B yang boleh membantu mencegah kemurungan selepas bersalin.
Iron merupakan nutrien penting bagi wanita selepas bersalin agar sentiasa cergas bertenaga dan tidak mudah letih dan lesu. Pendarahan selepas bersalin normal atau caesarean, boleh berpanjangan selama beberapa minggu. Mana-mana wanita yang baru melahirkan berkemungkinan mendapat anemia, dengan pengambilan iron badan dapat membina semula bekalan darah. Walaupun ibu yang melahirkan tidak mengalami kelesuan, disarankan menambah makanan yang kaya dengan zat besi dalam diet harian, sekurang-kurangnya 10 hari pertama, iaitu jangka masa diperlukan oleh badan kita menghasilkan sel darah merah baru.
2. Omega Guard
Asid lemak Omega 3 yang terdapat pada Omega Guard adalah lemak tepu yang membantu perkembangan janin dalam kandungan dan otak dan mata bayi melalui susu ibu. Omega Guard sangat bermanfaat kepada ibu lepas bersalin kerana boleh mengurangkan keradangan, membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan gejala kemurungan selepas bersalin. Kandungan EPA dan DHA didalamnya merangsang pengeluaran prostaglandin yang merupakan hormon semulajadi tubuh.
Kalsium adalah nutrien penting bagi seorang wanita selepas bersalin, sama ada yang menyususkan bayi atau tidak. Kehamilan membuatkan wanita kekurangan kalsium dari badan, penyusuan meletakkan ibu-ibu memerlukan kalsium lebih dari biasa. persatuan Profesional Kesihatan Reproduktif menyatakan seorang ibu yang menyusukan bayi biasanya memindahkan 300 miligram kalsium untuk bayi mereka bagi setiap hari. Kekurangan kalsium dikalangan ibu yang melahirkan akan menyebabkan kebas-kebas dan lenguh-lenguh badan. Pengambilan Ostematrix juga dapat mengelakkan sembelit yang biasa terjadi kepada ibu-ibu selepas bersalin.
4. Vita-C Plus
Vita-C Plus adalah vitamin c larut air semulajadi. Berfungsi sebagai agen antioksidan penting yang melindungi badan. Vitamin C melindungi sel-sel untuk mengekalkan kesihatan ibu selepas bersalin, menyembuhkan luka bersalin, membantu penyerapan zat besi (iron), melindungi dari sebarang jangkitan dan keletihan.
5. B Complex With Folic Asid
B complex adalah sebahagian dari vitamin wajib yang wanita perlukan ketika sebelum mengandung, ketika mengandung dan selepas melahirkan. Pengambilan B complex ketika mengandung boleh mencegah risiko keguguran atau kelainan pada bayi yang dikandungkan. Apabila bayi dilahirkan, adalah perlu bagi ibu-ibu untuk terus mengambil folic asid sehari-hari secara tetap kerana asid folic dapat memberi tenaga, mencegah kemurungan dan stress selepas bersalin. Selain itu asid folic juga memainkan peranan dalam kesihatan darah dan kesihatan jantung.
6. ESP(Soya Protein Isolate Powder)
ESP baik untuk pemghasilan susu yang banyak serta tinggi kandungan antibodi. Ibu yang berpantang digalakkan mengambil protein yang mencukupi untuk membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman, mencantikkan kulit, memejalkan otot dan membantu dalam penurunan berat badan selepas bersalin. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan ESP dapat menambah penghasilkan susu badan selain membekalkan tenaga dan kecergasan berpanjangan.
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order boleh hubungi
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID 1237065 afizahazh@gmail.com
sms/whatsapp: 012-8353519
www.facebook.com/mint-blossom
Tiada ulasan:
Catat Ulasan