Sedikit Perkongsian menarik untuk dikongsi bersama, sebuah cerita pendek mengenai seorang gadis yang dipotong tangannya kerana bersedekah yang mempunyai pengajaran berharga.
Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani Israel, maka lalulah fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan berkata,
"Bersedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas kerana Allah s.w.t"
Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang kaya itu, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis itu yang bakhil dan terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus.
Semenjak dari peristiwa itu maka Allah s.w.t pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah yang lain. Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri sebuah rumah seorang kaya sambil meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu masuk ke rumahnya.
Ibu itu yang sangat tertarik dengan gadis tersebut dan behajat untuk mengkahwinkan anaknya dengan gadis itu. Maka setelah perkahwinannya selesai, si ibu itu pun memberi pakaian dan perhiasan bagi menggantikan pakainnya.
Pasa suatu malam apabila sudah dihidangkan makanan malam, maka si suami hendak makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, kerana ibunya juga telah merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat keadaan isterinya itu, dia pun berkata,
"Aku mendapat tahu bahawa orang fakir tidak tahu dalam tatacara harian. Oleh itu makanlah dengan tangan kanan dan bukan dengan tangan kiri"
Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan tiba-tiba terdengar satu suara di sebelah pintu,
"Keluarkanlah tangan kananmu itu wahai hamba Allh, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti dengan ikhlas kerana Ku, maka tidak ada halangan bagi-ku memberikan kembali akan tanganmu itu."
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan tangan kananya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya menggunakan tangan kanan.
Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah tetamu.
Rasullulah s.a.w telah bersabda yang bermaksud, "barang siapa meghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah s.w.t. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah menjadikan murka Allah s.w.t."
Sabda Rasullulah s.a.w yang bermaksud, "sesungguhnya tetamu itu apabila dia datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu berakah dan seribu rahmat"
Nota Hati: Allah bersama orang yang benar dan sentiasa ada bersama kita dimana pun kita berada, yakinlah dengan ketentuan-Nya. daripada Dia datang, kepadnya Dia kita kembali. Wallahua'lam
sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan