Isnin, 6 Februari 2017

Menangani Anak Yang Cerewat Makan (Picky Eater)


Seperti kebanyakkan ibu bapa, berhadapan dengan anak kecil yang memilih makanan atau picky eater amat merungsingkan dan membuat diri tertanya-tanya di manakah silapnya?

Dimanakah silapnya?


Menurut kajian yang di buat oleh Elizabeth Partely di dalam bukunya yang berjudul, The No-Cry Picky Eater Solution, menjelaskan picky eater boleh terjadi oleh beberapa faktor, antaranya;

Genetik

Kajian menunjukkan bahawa sekiranya ibu bapa sewaktu kecil mereka tergolong dalam kategori picky eater, kemungkinan untuk anak mereka mewarisi sifat itu adalah tinggi.

Biologi

Bagi kanak-kanak, mereka mempunyai cita rasa lebih kepada rasa yang manis. Keupayaan mereka untuk membezakan dan menikmati hidangan lainya meningkat dari masa ke semasa apabila mereka membesar. Kanak-kanak terutamanya diprogramkan untuk menyukai rasa manis kerana ia memenuhi keperluan biologi. Rasa manis ini memberi mereka sumber tenaga yang lebih tinggi untuk pertumbuhan dan pembesaran.

Anatomi

Kira-kira 1/4 daripada kanak-kanak dilahirkan dengan 'supertaster' - Label saintifik yang mempunyai deria rasa yang luar biasa. Ini memberi mereka deria rasa yang tinggi; menyebabkan rasa manis menjadi sangat manis. Manakala rasa masam dan pahit lebih menonjol. 

Jadi sememangnya perkara biasa apabila kanak-kanak mencapai peringkat usia 6 bulan hingga usia 6 tahun tidak sukakan sayuran hijau. Kerana kandungan antioksida yang terdapat pada sayuran memberi rasa pahit dan kurang menyenagkan pada kanak-kanak ini tadi.


Berikut beberapa tips berguna untuk anda menangani picky eater.


1. Makan Bersama-sama


Sediakan variati makanan sihat untuk anak anda pada setiap hidangan. Andai berkesempatan makanlah sekeluarga bersama anak anda. Dengan cara ini, secara tidak langsung anak anda akan belajar dan meniru apa yang ibu bapa dan adik beradiknya makan. 


2. Limitkan Pilihan Makanan


Berikan anak anda sekurang-kurangnya satu daripada makanan kegemarannya, dan bukan bertanyakan apa yang dimahukannya untuk makan. Seandainya dia hanya akan makan apa yang dipilih olehnya sendiri, maka berikan anak anda pilihan yang berkhasiat sahaja.


3. Perkenalkan Makanan Baru

Kanak-kanak hanya menyukai makanan yang biasa mereka rasa. Kali ini, cuba beri pendedahan kepada mereka merasa makanan baru setiap hidangan, dengan cara ini mungkin akan menarik minat mereka untuk memakananya.

Perlu diingat, bahawa seorang kanak-kanak picky eater, mungkin perlu melihat makanan baru yang diperkenalkan kepadanya antara 10 dan 15 kali sebelum mereka berminat untuk mencubanya. Bila ibu bapa memperkenalkan makanan baru kepada picky eater ini, cubalah meletakkan makanan tersebut di atas meja makan bersama hidangan lain. JANGAN memaksa anak anda untuk memakannya.


4. Perhatikan Pengambilan Minuman

Sesetengah kanak-kanak mempunyai selera yang sedikit bila tiba waktu makan, ini kadangkala berpunca daripada pengambilan jumlah kalori yang tinggi daripada minuman manis dan susu yang mereka minum sebelum waktu makan. Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, cuba berikan mereka hanya 350ml dan 500ml susu sehari, dalam cup dan bukan botol. 


5. Hidangan Menu Yang Menarik


Ada kalanya kanak-kanak picky eater ini, tidak sukakan texture, warna atau bentuk satu atau lebih makanan yang diberikan. Ini mungkin juga menjadi alasan mereka mengatakan tidak sukakan atau sering menolak makanan yang disuakan kepada mereka tanpa mencubanya terlebih dahulu.

Guna kreativiti anda untuk menarik minat mereka untuk memakan makanan sihat. Cuba bersabar dan jangan putus asa. Biasakan memberi mereka makanan baru dalam kuantiti yang kecil dahulu untuk membiasakan mereka rasa makanan tersebut.

6. Vitamin Suplemen

Memberikan vitamin suplemen yang dirumus khas untuk  kanak-kanak adalah sangat membantu kiranya anak anda tergolong dalam kategori picky eater. Anda boleh memberikan Meal Shakes Shaklee kepada anak anda yang picky eater.

Meal Shakes Shaklee berperisa Vanilla

Meal Shakes Shaklee merupakan sumber protein dengan 19 vitamin dan  mineral tambahan. Bertindak seperti multivitamin dalam bentuk sebuk berperisa Vanila yang mudah dibancuh tanpa pewarna atau gula tiruan.

Ia menyediakan jumlah seimbang  bagi setiap 9 asid amino yang diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perlindungan yang lain.

Dan lagi, Meal Shakes Shaklee mengandungi semua asid amino asli yang tedapat di dalam protein termasuk yamg asid amino perlu dan juga tidak perlu.

Sangat berguna kepada picky eater untuk menaikkan selera makan, menambah berat badan dan mengurangkan masalah sembelit. 





*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Untuk maklumat lanjut berkaitan produk & order boleh hubungi 
Pengedar Shaklee Malaysia
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID 1237065 afizahazh@gmail.com
sms/whatsapp: 012-8353519
www.facebook.com/mint-blossom



Tiada ulasan:

Catat Ulasan