Sabtu, 18 Februari 2017

Multivitamin & Supplemen Buat Anda Gemuk?


Dengan pengambilan multivitamin dan supplemen,meningkatkan peluang badan anda mendapat semua nutrien yang diperlukan untuk tubuh dapat berfungsi dengan baik. Ini boleh memberi kesan kepada berat badan seseorang kerana tindakbalas metabolisma yang dibantu oleh pelbagai jenis nutrien. Yang penting, metabolisma seseorang dapat mengawal kadar banyak mana tubuh membakar lemak dan berfungsi dengan baik untuk mengawal berat badan.      

Pengambilan nutrien juga boleh memberi kesan kepada selera makan dan pengambilan makanan.Sebagai contoh, tahap kandungan B6 yang rendah pada seseorang dikaitkan dengan pengurangan dalam leval serotonin otak yang menyebabkan selera makan meningkat.

Sebaliknya sesetengah orang mungkin menyalahkan multivitamin atau supplemen kerana bertambahnnya berat badan atau berkurangnya berat kerana mereka mengabaikan gaya hidup sihat secara keseluruhannya. Hal ini terutamnya berlaku kepada mereka yang mengambil multivitamin dan supplemen kerana kekurangan nutrisi dalam diet harian.

Jika anda mengambil multivitamin dan supplemen kerana anda tidak mengamalkan pemakanan sihat, anda tidak aktif atau mungkin kerana mengamalkan diet ketat, ia boleh dikaitkan menjadi punca penambahan berat badan dan ini bukan disebabkan multivitamin atau supplemen tadi.

Penyelidikan


Penyelidikan terkini yang diterbitkan oleh British Journal of Nutrition menyatakan bahawa multivitamin dan supplemen sebenarnya membantu penurunan berat badan pada lelaki.

Seorang lelaki yang menjadikan pengambilan mutlitivamin dan suplemen secara harian didapati mempunyai berat badan, jisim lemak dan indeks jisim yang lebih rendah berbanding lelaki yang tidak mengambil apa-apa multivitamin dan supplemen sebagai diet harian.

Kajian yang sama juga dibuat ke atas wanita, mendapati wanita yang mengambil multivitamin mengalami pengurangan pada tahap lapar mereka. Multivitamin dan supplemen tambahan telah memberi kesan ketara kepada pengurangan tahap selera makan mereka selepas penuruanan berat badan, berbanding dengan kumpulan yang juga berjaya menurunkan berat badan tetapi tidak mengambil sebarang multivitamin dan supplemen.

Menurut pendapat penyelidik, vitamin & mineral yang terlibat dalam hormon sintesis lapar individu adalah seperti insulin, leptin dan kortisol yang biasanya mengawal pengambilan makanan.


Implikasi Gaya Hidup


Jika matlamat anda adalah untuk mengurangkan berat badan atau mengekalkan lemak badan pada tahap sihat, mengambil multivitamin dan supplemen secara tetap dapat membantu untuk mendapatkan keputusan yang diinginkan.

Makan makanan yang berkhasiat, kaya dengan serat seperti sayur-sayuran, kekacang, bijirin penuh, sumber protein tanpa lemak dan buah-buahan. Jangan bergantung kepada multivitamin  untuk membekalkan semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda atau menggunakannya sebagai alasan untuk memakan makanan yang tidak sihat.

Multivitamin bukan sebagai pengganti untuk aktiviti fizikal. Senaman adalah satu kompenan penting dalam program memgawal berat badan.

Andai anda telah kehilangan berat badan, multivitamin dan supplemen boleh membantu anda mengurangkan selera makan dan membantu mengekalkan berat badan dari pertambahan berat.

                                

Tiada ulasan:

Catat Ulasan